بسم الله الرحمن الرحم
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. "
[al-Ankabut, 29:64]

Tuesday, November 30, 2010

untuk AWAK tau..

surat entry saya buat awak..

***************
awak..
boleh dengar permintaan saya?
ini bukan permintaan sebenarnya, 
tapi sekadar harapan.
awak..
bolehkah awak jadi jam loceng saya jika saya terlupa Dia.
saya masih merangkak mengingati Dia,
mungkin awak sedang berdiri mengingati Dia.
bolehkah kita sama-sama berlari mengingati Dia?

awak..
kadang-kadang kasih saya lebih kepada awak daripada Dia.
bantulah saya curahkan kasih saya lebih untuk Dia daripada awak.
awak..
ajarlah saya cintakan Dia lebih dari segalanya.
awak..
bimbinglah saya untuk takut kepada Dia melebihi takut awak kepada Dia.

di kala ini, cintaku sentiasa hanya untuk Dia!


************


**bestnya kalau dapat miliki cinta Allah dan Rasul..
insyaAllah

Monday, November 29, 2010

Ketentuan Allah.. [kongsi 2]

assalamualaikum dan salam sejahtera..

astarfirullah..
beberapa hari ni asyik sungguh aku dengan hal keduniaan..
aku juga hampir terlupa untuk menyambung apa yang telah tergendala 
seperti yang dijanjikan..

entry ini merupakan sambungan kepada entry Ketentuan Allah.. [kongsi 1]

******

semua orang yang beriman akan tahu malah percaya akan kewujudan Allah. tetapi bagaimana pula caranya untuk kita hampir dan mengenali Allah? persoalan ini lah yang sering menjadi tanda tanya.

cuba lihat alam sekeliling, alam semesta yang indah ini, pasti ada yang menciptakannya bukan?. sebab sifat makhluk ialah tidak dapat mencipta dirinya sendiri. contohnya buku. bolehkah buku menjadikan dirinya sendiri? mustahilkan, melainkan buku itu dicipta oleh manusia. perkara yang paling senang untuk mengenali Allah ialah dengan merenung ke dalam diri, nescaya kita akan menemui Penciptanya.

yang dimaksudkan merenung ke dalam diri sendiri akan menemui Allah adalah: di dalam surah al-Qiamah ayah 36-39, Allah menyebut, "apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja tanpa mempunyai tanggungjawab dan bukankah dahulunya setitis air mani yang ditumpahkan, kemudian itu menjadi segumpal darah dan Allah ciptakannya dan menyempurnakan kejadiannya dan dijadikan oleh tuhan dua jenis, lelaki dan perempuan."

sekarang cuba kita renung seketika tentang proses kejadian manusia. firman Allah dalam surah al-Alaq:1-3 yang bermaksud, bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah. tatkala sperma berjaya mengsenyawakan ovum, intipati bayi yang akan dilahirkan mula terbentik. sel tunggal yang dikenali sebagai zaigot segera mula membesar dengan membahagi dan akhirnya menjadi sebungkus daging. dalam surah az-Zummar pula, Allah menyatakan Dia telah menciptakan kamu dalam perut ibumu. kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan.

tiga kegelapan itu adalah sejurus selepas persenyawaan berlaku, bayi akan melalui fasa perkembangan. di dalamnya, tiga bahagian yang berbeza-beza. bahagian pertama adalah tiub fallopio. ini adalah bahagian di mana telur dan sperma bersenyawa dan di mana ovum bersambung ke uterus. yang kedua, dinding rahim atau uterus, kawasan di mana zigot berpaut untuk mendapat nutrien yang diperlukan dalam perkembangan dan fasa ketiga ialah pundi amnio. ini adalah bahagian di mana embrio melalui perkembangan di dalam kantung yang dipenuhi dengan cecair pelindung.

jadi sebagai melakukan segala bentuk kemungkaran di muka bumi ini, kerana dulu kamu hanyalah setitis air mani hina yang relah melalui proses perubahan untuk menjadi individu yang sarat dengan berjuta-juta sistem dan mekanisme yang harmoni dan seimbang. walaupun ia terjadi di sebalik pengetahuan dan kesedaran kita, namun ia telah direka, dicipta dan ditadbir oleh pemilik Tunggal, Pencipta dan Tuhan bagi sekalian umat manusia, supaya mereka benar-benar memahami bahawa pada hakikatnya mereka dibiarkan tanpa tujuan.

wallahu'alm..
sumber: lembayung kasih-Mu, ummu wafa, alaf 21.



**aku bukanlah seorang bijak pandai. hanya perkongsian dari pembacaan serta menjadi peringatan untuk DIRI SENDIRI dan bersama.. semoga kita sentiasa dirahmati Allah..

Monday, November 22, 2010

Ketentuan Allah.. [kongsi 1]

bismillah..

Hikmah Allah itu datangnya kemudian. Kadang-kadang kita tak sedar pun adanya hikmah dari Allah kerana kita tak mampu menjangkau ilmu Allah dan mengetahui bagaimana dia menyusun dan mentadbir kehidupan hamba-Nya. 

Semestinya setiap orang yang mengaku beriman dengan Allah mesti meyakini bahawa Allah maha mentadbir dan maha menyusun. Sebenarnya, kita semua ini sebelum dilahirkan lagi telah ditulis jalur-jalur kehidupan yang dinamakan qada dan qadar. Janji allah itu telah tersurat sebelum roh dimasukkan dalam jasad kita sewaktu berada dalam kandungan ibu dan roh itu sendiri telah berjanji dengan Allah akan mematuhi perintah Allah bila dia berada di bumi kelak.

Setiap kelahiran manusia dan haiwan, Allah menyediakan otak sebagai pusat yang mengawalan dan bertindak. Maka kelebihan manusia berbanding dengan haiwan pula ialah akal fikiran. Akal itulah yang dapat membezakan antara baik dan buruknya sesuatu perbuatan. Allah juga telah membekalkan al-Quran sebagai panduan hidup ke arah kebenaran. 

Orang yang melakukan kejahatan tidak menggunakan akal yang waras dalam menerajui kehidupannya. Dia hanya mengikut nafsu yang diajar oleh syaitan, sedangkan syaitan itu sendiri diciptakan oleh Allah sebagai pengukur sejauh mana iman manusia, sama ada dia akan mengikut Allah dan Rasulullah ataupun terus sesat dalam godaan syaitan. di situlah Allah melihat siapakah yang berjaya dalam ujian-Nya. bagi mereka yang berjaya, balasannya adalah Syurga [insyaAllah].

Kehadiran kita di muka bumi ini bukanlah secara tiba-tiba. kita di muka bumi ini adalah semata-mata untuk beribadah kepada Allah. maksud firman Allah: "dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Allah."


bersambung..
[klik untuk baca sambungannya..]


**aku bukanlah sesiapa..
cuma memegang: "Balighu'anni walau ayyah.. (sampaikanlah walau hanya satu ayat..)"

Sunday, November 21, 2010

senyum..

salam..
mari senyum ramai2..

yeah dah masuk hari baru.. -in advance!!-
mulakan hari mu dengan senyuman! 
SENYUM [sampai nampak gigi ni.. hehee]

pernah dengar lagu senyum tak??!
ala lagu malique ngan najwa 2..
mula2 aku dengar lagu ni, macam menyampah je..
tapi lama2, aku TERlayan pulak.. haishhh!

malas nak upload video tok lagu ni
aku letak lirik je eh!
lagunye korang cari and play la sendiri.. 
[jajajaja.. jangan marah..]


- Senyum - 


Senyum senyum senyum
Senyum senyum



[Verse]
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit




[Chorus]
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa



Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka

Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina



Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana

Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini



Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit



Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan



Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan

Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian



Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini



Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit




Senyum =)


**tersenyum sorang2 dengar lagu ni..
ehh! bukan dah senget tapi feel.. hahaa

Saturday, November 20, 2010

.::review album:..

salam..

dalam boring2 tadi kan, aku dok la bongkar selongkar cd2 mama aku
tetiba aku terjumpa la cd ni..
[koleksi cd mama aku kebanyakannya memang untuk kanak2,
 sebab mama aku ni cikgu skolah rendah]
bagi aku lah, album ni kan 
walaupun kanak2 yang nyanyi, tapi pergggghhhhh 
best, sedap dan ada message tersendiri.. percaye lah!


album: we're brothers and sisters
penyanyi: Genius Aulad Talents ft Raihan

antara lagu2 yang ade:

- we're brothers and sisters [aku suke ni sangat2]
- when i grow up
- presents
- we love Nabee Muhammad
- the last train
- my kind grandma
- ipoh tree
- wudhu'
- why

edutainment untuk family. sebuah album inggeris dengan nilai Islam.


**dengar banyak kali pon tak boring!
aku la tak boring? kamu?? try la ye..

Monday, November 15, 2010

lagu teman.. dengar tau..

salam..

aku nak nyanyi [dlm hati je] buat korang..
nak melalak skali pon boleh!!
ehemm.. ehemm..

video

Pertama kali kita berjumpa
Tidak kepastiannya ternyata
Diriku dipenuhi soalan
Ku tiada teman

Aku terlihat insan yang keliru
Air yang deras mencermin wajahku
Kau menjelma memberi harapan
Menghulur tangan

Sempena hari mulia ini
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali
Semua yang kerap kita mengadukan
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan

Detik masa kini kedengaran
Aku mengucap selamat jalan
Kepada teman yang sering menghibur
Dengan gurauan..

Bagaikan anak yang baru dilahir
Titisan mata pun mula mengalir
Di simpang jalan kita menyebut
kata terakhir

Ku hargai semua yang terjadi
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti
Semoga kita dapat bertemu semula
Kerana aku yakin  kau akan sentiasa di hatiku..


**UiTM di hatiku.. ehh! korang semua di hatiku.. 
hehee

aku bukan malaikat.. iyeee!!

salam..

adeyhhhh
aku maseh tak berjaye melelapkan mate dari semalam!!
dan dengan banggenye aku dah khatam 1 novel!

'aku bukan malaikat' tajuk buku 2 la..
hasil rudy hirdy terbitan pts
ketebalan 632 muka tembok surat
harge tak mahal sangat, cume rm22..

buku ni banyak berkisar tentang pertembungan jalan hidup yang berbeza
menjelaskan Allah itu Maha Adil,
tanpa kire pangkat, darjat dan keturunan semua 2 Allah tetap beri dugaan..
dugaan Allah takkan melampaui kemampuan hambaNya

aku tak lah pandai dalam bab2 ulas memulas ni..
so, kalau nak tau pasai pe buku ni
kene la bace sendiri!!
so far, alhamdulillah.. baguih gak..
[pendapat aku la.. laen org, laen persepsi]


**aku baru berLIAR2 ngan novel2 islamik ni..
yelaa.. tak kan selamenye nak terbuai angan2
berade di dunia fantasi dok asyik bace novel mee cintan cinton yg merapu je..

Saturday, November 13, 2010

Allah is calling..

Allah is calling
but I didn't answer
and when Allah is calling
I just listen to the voices

Allah is calling
I just answer sometimes
and when Allah is calling
I just listen to the whispers

Allah is calling
I answer so many times
Allah is calling
I'm tired of them

hardly forcing myself
I have to accept it all
and that is really me
who's still not close to Allah







**panggilan Allah lebih bermakna daripada panggilan dari seseorang..

Friday, November 12, 2010

tuntutlah ilmu itu!! kerana.....

salam..
selamat hari jumaat, penghulu segala hari..
semoga kita sentiasa di bawah payungan rahmat Allah..
~insyaAllah~

dari Muaz bin Jabar r.a. 
Rasulullah SAW bersabda:

"pelajarilah ilmu pengetahuan kerana 
mempelajarinya satu kebaikan,
mengkajinya adalah tasbih,
membahaskannya merupakan jihad,
 mencarinya laksana ibadah,
mengajarkannya bererti sedekah,
memberikannya [dengan kemurahan hati] dianggap mendekatkan diri kepada Allah,
berfikir tentangnya dianggap sebanding dengan berpuasa dan 
muzakarah mengenainya adalah laksana melalukan ibadah solat"


subahannallah..
Maha Suci Allah..

sebegitu sekali ganjaranNya kepada kita
bertapa kasihnya Allah terhadap hamba2nya..

taubat DITERIMA?! bagaimana caranya ye..

salam,

Sebagai manusia kita memang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan kerana lahirnya kita ke dunia ini disertakan dengan nafsu yang berada dalam diri. memang sifat nafsu sering mengajak kepada kejahatan. ditambah lagi dengan syaitan yang sudah berjanji untuk menyesatkan semua umat manusia untuk dijadikan temannhya di dalam neraka kelak.

Namun, Allah tetap memberi ruang dan peluang kepada hamba-hambaNya menghapuskan dosa dengan bertaubat. Allah berfirman: "sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang bertaubat dan mensucikan dirinya." (al-Baqarah:222)

Sesungguhnya Allah menerima taubat dari semua orang kerana Dia bersifat Maha Pemaaf dan Maha Penerima Taubat.

Para ulama ada menunjukkan cara bagaimana yang dikatakan bertaubat dan taubat yang digariskan oleh ulama adalah seperti berikut:

  • bersungguh menyesal atas kesalahan yang telah dilakukan 
  • berusaha meninggalkan kesalahan tersebut
  • tekad untuk tidak mengulangi lagi
  • sekiranya kesalahan itu dilakukan kepada manusia hendaklah meminta maaf kepadanya terlebih dahulu. dan andainya orang yang kita lakukan kesalahan itu meletakkan sesuatu syarat untuk memaafkan kesalahan kita, maka tunaikanlah asalkan ia tidak melampaui batasan syariat,kerana kemaafan itu lebih utama.


Semoga dengan itu kita akan jauh dari pintu Jahannam serta azabnya..

**untuk ingatan diti sendiri jugak..

Wednesday, November 10, 2010

323 warkah untuk kamu..

salam..

kehadapan sahabatku
yang dikasihi dan dicintai.. ecehh!!

ketika kamu membaca ini warkah
saya dalam perjalanan pulang ke rumah..
[silap2 dah tonggang tonggek kat rumah.. hahaa]

tujuan saya mencoret ehh menaip surat zaman moden ni
adalah:

1) untuk menyatakan ucapan BILLIONan terima kasih 
atas kesudian kamu berkolorasi dengan saya sepanjang satu semester ini..
kerjasama kamu amat dihargai.. /

2)di sini juga saya dengan relanya merendahkan diri yang sememangnya dah rendah ni,
 ingin menggoda memujuk rayu menyemis MILLION kemaafan atas kekhilafan saya..
banyak perkara yang menyakitkan hati kamu sepanjang kita bersama
saya tahu walau kamu tidak menyatakan..
harap kemaafan itu menjadi perkara yang paling manis! =) /

3) tujuan tidak berapa jelas.. X [tolong jelaskan ye]
alamak cikgu tak terimalah jawapan camni
hehee

akhir kata,
semoga persahabatn kita tidak ketemu titik noktahnya.. insyaAllah
jaga diri juga peribadi
ingat!! kamu kan dah besar

sampai di sini sahaja, semoga ketemu lagi dilain masa.


**kamu semua memang best!! tahap dewa yang gile..
NUR AMEERA HANY, NURHANI, NUR FADZILAH..


Friday, November 5, 2010

indahnya bangun malam..

tengah syok tido tetibe je terjage..
dan tak boleh nak lelap balek!!
haishh nape ye??
haaa mesti Allah suruh aku buat tahujud kot!!
Astagfirullah.. lame dah tinggal.. tak istiqamah langsung macik ni la..


dah siap semua, aku pon on la ternet..
saje gatal tangan.. dan.. 
P.O.P!! tercari tentang kelebihan bangun tahajut..
Subahanallah nikmatnye!!


ni la yang dapat aku rumuskan dari pembacaan tadi!!
saje nak kongsi. untuk manfaat bersame jugak kan!!


*************************************************************


keindahan bangun malam dapat dirasai jika kita mengabdikan diri kepada Allah dan menghabiskan sekurang-kurangnya 1/3 malam dengan melakukan ibadah dan menyerah hanya untukNya.
banyak kelebihan bagi sesiapa yang gemar bangun malam ini: 



Rasulullah s.a.w bersabda:
"Manusia akan dikumpulkan [di hari kiamat] pada suatu padang [Mahsyar], lalu suatu suara menyeru: Mana dia orang yang telah meninggalkan tempat tidurnya [kerana beribat di tengah malam]? mereka lalu tampil ke hadapan dalam bilangan yang kecil saja lalu mereka dibenarkan masuk ke syurga tanpa hisab lagi"

betapa besarnya kelebihan bagi mereka yang gemar beribadah di waktu malam.
walaupun ini merupakan perkara yang sukar dilakukan, namun ia mampu menjadi perkara yang paling best kerena seseorang itu mula merasai kemanisan bersendirian dengan Allah maka dia sentiasa ingin mengulangi sekali lagi.
ini dialami oleh para salihin dan hamba Allah, hingga ada yang berkata, "seandainya ahli syurga itu sering melakukan apa yang kami lakukan kini [bangun malam] tentulah mereka itu akan berada dalam kehidupan yang bahagia sekali' dan ada yang berkata "Selama 40 tahun berlalu, tiada suatu pun yang mendukacitakan aku kecuali terbitnya fajar pagi' 
orang yang beribadah di waktu malam itu lebih merasa lazat dengan amalan-amalannya daripada yang berpeleseran"

betapa indahnya bangun malam sekiranya kita pandai menggunakannya untuk beribadah dan sebaliknya bagi mereka yang gemar mensia-siakan waktu malam mereka.
secara tidak langsung ia dapat membantu dalam membentuk diri supaya menjadi insan yang tawadu', taat kepada Allah. insya-Allah..

Firman Allah: (memuji kaum mukminin)
"mereka mempergunakan hanya sedikit sahaja waktu malam untuk tidur dan di tengah malam, mereka sentiasa memohon ampun". [Isra':79]

Rasululah bersabda:
"solat yang paling utama sesudah solat fardu ialah solat di tengah malam."

orang yang banyak tidur di waktu malam akan datang di hari kiamat sebagai seorang kafir. [nauzubillah]



**nikmatnye ganjaran Allah kepada hamba" Nya yang sentiasa mengingati-Nya..
semoga kita menjadikan perkara ini sebahagian rutin harian..



Wednesday, November 3, 2010

kita=rama"

dari ulat jadi kepompong,
tidur nyenyak dalam kelongsong,
cukup masa kelongsong pecah, pom!
jadilah rama-rama yang indah..


rama-rama terbang merata,
hisap madu di pokok bunga,
sungguh cantik aneka warna,
tapi sayang hidup tak lama..

begitulah hidup manusia,
pada Allah kita berdoa,
agar jadi insan mulia,
tapi sayang hidup tak lama..


"""""""""""""""""""""""""""""'''''''''''''"''''""""""""""""""""

Rama" disebut sekali sahaja dalam al-Quran untuk memberi gambaran mengenai keadaan manusia apabila datang hari Akhir; 
"Pada hari manusia seperti rama" bertebaran,"(101:4)



 **kita diciptakan dengan cukup indah dan penuh sempurna..
dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali..