بسم الله الرحمن الرحم
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. "
[al-Ankabut, 29:64]

Thursday, December 23, 2010

perlunya wanita solat di awal waktu

assalamualikum..
salam mahabbah buat kamu..

aisey.. dalam beberapa hari nih aku asyik dok meraban je, kan.. dah tu asyik kena gelak. okeyh fine! ada lorry ada bus, kau tunggu aku balas.. huhuu.. ehh straight to the station.. kali ni aku just nak share siket dengan kamu. aku nak bagitau or kongsi tentang sebab apa muslimat/wanita digalakkan solat di awal waktu. kamu tau tak apa sebabnya? sebenarnya, simple je sebabnya. cuma kuatir muslimat akan menerima empat tetamu. walaupun empat je, tapi jangan ambil enteng ye! 
  • the first VVIG is Malaikat Izrail. of cause la dia datang nak cabut nyawa kan. takkan cepat mahupun lambat walau sesaat. be aware..
  • second VVIG, kunjungan bahagia oleh miss period (darah haid). haa kalau jepoon dah takluk, memang tak boleh nak buat apa..
  • third VVIG,  mrs nifas (bersalin).
  • the last but not least VVIG is kehadiran tetamu ke rumah (bimbang kita ni dok leka layan tetamu sampai lupa tak solat lagi). yela, kalau tetamu datang mesti nak bagi first class punya service!  bukan ke you come, i'll serve.. hehe.. 
[VVIG =  very2 important guest]

rasanya tu je la sebab sebab utama kenapa muslimat ni digalakkan solat sejurus je masuk waktu. selain faktor faktor logik yang boleh diterima akal. kalau ada kekhilafan, tolong betulkan eh. 

alhamdulillah i'm done.
syukran jazilan.. 

Sunday, December 19, 2010

Larangan mengharap kematian

Assalamualaikum..
Bismillah

Anas r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Janganlah salah seorang dari kalian mengharap harapkan kematian kerana sesuatu bahaya yang menimpa. Namun, jika ia terpaksa melakukannya, hendaklah ia berdoa, "Ya Allah, panjangkanlah umurku jika hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku".
[hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sesungguhnya islam telah melarang kita mengharapkan kematian dan berdoa dengannya. Larangan ini bertujuan agar orang yang baik boleh menambahkan amal kebaikannya dan orang yang sebaliknya (jahat) kembali bertaubat dari kesesatannya.

wallahualam..

Wednesday, December 15, 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

Assalamualaikum
selamat pagi semua..

hari ni macik nak berkempen kat semua
tapi bukan la kempen raih undi pilihan raya tuh..
ni haa kempennye..

Cover Your Aurat Campaign, show your support!

bismillah..

Semua mesti tau kan yang tutup aurat ni hukumnya WAJIB!
wajib ke atas diri setiap muslim
Tak kira la, lelaki ke perempaun ke. yee, dua-dua kena!!
(takde terkecuali)

Allah berfirman:
"wahai anak-anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu [bahan-bahan untuk] pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itulah tanda-tanda [limpah kurnia] Allah [dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya] supaya mereka mengenangnya [dan bersyukur]". 
-surah al-A'raf; 26-

so, takde alasan kalau tak nak tutup aurat.. kan?! Lagi satu, takde maknanya kalau 'tak sampai seru'.. Dah terbukti awal-awal lagi Allah dah 'menyeru' kat kita semua..

bukannya susah nak tutup aurat ni
kalau kita buat Lillahitaala, insyaAllah tak rasa terbeban pun
percaya la..

apalagi jangan buang buang masa, 
jom TUTUP AURAT..
masa tak tunggu kita tau

okie dokie
yang 'bertuah' terima tag; 
hehee
*********
nak kempen juga?!
 moh sini..

Monday, December 13, 2010

Doa untuk elak L.U.P.A..

assalamualaikum..
luubb luubb sihat tak hari ni?! hehee

korang nak tau tak
masa tengah selak-selak majalah solusi tadi kan, terjumpa la satu doa ni
wahh! macam 'teruja' je makcik nak share dengan semua..

tapi ni doa biasa je la, 
bukan doa nak guna-gunakan orang, sebab  nak dia 25 jam ingat kat kite!
tak baek tau 'guna-guna'kan orang 
ish...ish..ish..

*******
doa untuk elakkan lupa
bismillah..

"Ya-Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah kami jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redailah kami dan redailah pula semua usaha kami." [riwayat Tarmizi]

[google mari]
Menurut Ahmad al-Tarmizi, doa ini dibaca oleh Rasulullah sebaik sahaja selesai menerima wahyu. oleh sebab itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa memperoleh ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang telah dipelajari menyebabkan semuanya itu terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa..

InsyaAllah..
*******

**makcik ni pun pelupa orangnya
moga2 Allah sentiasa beri kekuatan ingatan..

Wednesday, December 8, 2010

kemaafan??! manisnya..!

assalamualaikum semua..
hello hello helloooo....

~ maafkan dia?! susahlah nak maafkan salah silap orang..
~ ala, tunggu je la time raya nanti baru bagi..
[mungkin ini yang selalu kita katakan bila dipinta memaafkan yang lain kan?]

huissh.. ada ke macam tu? [tak hensem la bang, akak pun sama tak cun..]
memberi maaf atau memohon maaf tu tak ada dan tak perlu masa yang specific
semolek-moleknya biar la kita lakukan tiap kali sebelum masuk tidur
maafkan la orang lain walaupun dia tak mintak maaf pun
lagi tenang rasanya!

firman Allah:
"jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf (kebaikan) serta berpalinglah daripada orang yang bodoh." (surah al-Araf:199)

Allah berfirman lagi:
"perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." (surah al-Baqarah: 263)

Rasulullah juga bersabda:
"tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya."

so, apa lagi?!
hulurkan sahaja kemaafan itu..
ye.. memang berat rasanya
tapi

memaafkan adalah dendam yang terindah
dan jadilah seperti pohon apple yang tetap menjatuhkan buah yang manis walaupun dilemparkan batu.



rujukan: solusi. isu 26.

Tuesday, December 7, 2010

karipap pusing..

assalamualaikum..

weee..
ini adalah kelmarin punya cerita [ahad]..
disebabkan terlampau rajin 
 aku ikut la mama tersayang shopin' barang dapur kat tesco..

jalan jalan, 
pusing sana, pusing sini
ambil itu, ambil ini..
huhhh borong habis! macam baru dapat gaji je..


bagus katanya..
[ini jari ayah aku]



macam teruja je tengok cendawan ni!
orang kat situ gelakkan aku sebab amek gambo ni..
biar la, sibok je..


okeyh dah bayar semua barang, kitorang terus ke rumah mak cik. 
tak jauh dari tesco tu, dalam 2-3 jam naik unta! hehee

alhamdulillah rezeki!
langkah kanan dan bukan langkah kiri kitorang masuk rumah tu..
mak cik aku tengah nak buat karipap pusing! 
pusing sampai pening aku tengok.. hik3

malangnya time aku sampai 
doh dah siap adun, inti karipap pon dah siap masak! 
so, melepas nak tau cara-cara nak buat doh n inti dia..

*****
ini je yang sempat disaksikan.. 

 

sedap! inti keledek..
[mcam kelakar bunyinya 'ke-le-dek']



doh di potong slice
[ada la step dia sebelum jadi macam ni. tak reti nak explain lorh!]



slice doh tadi di 'gelek' sampai leper dan bebentuk bulat.
[siyes tak tau istilah 'gelek' yang betul. malu je]



okeyh! got this after 'gelek'
[doh tu ada 2 tone color. sbb.. sbb.. tak ingat la]



letak little bit inti atas doh
[kalau banyak, nanti doh koyak]



fold kan dia..



kelim 'circumfarance' karipap ni
[adeyh istilah math pun masuk skali.. tak leh jadi chef wan camni]



yeah!
[ni my mum yang buat]



ready to eat fried..



weyuuuu 
karipap dah berenang dalam minyak panas!
[abaikan rupa 'cantek' kuali tu]



taraaa
hasilnya.. karipap pusing, mavelossaaaa!



minum petang di bawah pokok pelam bersama keluarga..
[ramai lagi sebenarnya kat blakang2 ni..]

*****
best tau sesekali kumpul ramai-ramai, cerita gelak-gelak
tepuk tampar nyamuk bersama
meriah sungguh!

next week ehh this week balik kampung lagi sebab ke kenduri siket!
woohaaa tak sabar!
mau tibai 'nasi ambeng' laa.. [sedapnya]


Sunday, December 5, 2010

mati sebagai syarat utama?! betul ke?

assalamualaikum and sweet sunday..

hey dude..

tau tak apa syarat utama untuk kita bertemu Allah? tak tau?! wokeyh lets me telling you..

3, 2, 1.. the story begin.. ecehh
bismillah..

Imam al-Qurtubi menerusi satu kisah yang diriwayatkan oleh abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyat menyatakan: ketika nabi Ibrahim a.s didatangi Izrail [malaikat la] untuk mencabut nyawanya, berkatalah nabi Ibrahim kepadanya: "wahai Izrail, pernahkah seorang kekasih itu mencabut nyawa kekasihnya sendiri?"

lalu Izrail memberitakan pertanyaan Ibrahim kepada Allah. Maka allah memerintahkan Izrail menyampaikan jawapannya kepada Ibrahim sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "wahai Ibrahim. Apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri?"

Apabila Ibrahim mendengar jawapan Allah menerusi Izrail ini, berkatalah Ibrahim: "Wahai Izrail, cabutlah nyawaku saat ini juga!"

So, inilah kesempurnaan mahabbah (kasih sayang) hambanya terhadap Rab-nya. Ia pasti terhasil apabila sifat kehambaan itu dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan yang singkat ini.

wallahualam.
~THE END~

**seram gak masa search pix 2.. hehee

Pahala membaca al-Quran bagi yang lancar atau yang gagap

tok tok tok... assalamualaikum..

hye semua..
kali ini nak share sikit, pendek je pun.. 
******
Pahala membaca al-Quran bagi yang lancar atau yang gagap..

google: baca Quran.
Maksud hadis:

Daripada Aisyah. Rasulullah bersabda: Orang yang mahir membaca al-Quran, darjatnya itu bersamaan dengan malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat (belum mahir/tidak lancar) dan terasa berat lagi lidahnya, dia akan mendapat dua pahala. [riwayat muslim]

wallahualam

Saturday, December 4, 2010

zuhud terhadap dunia

assalamualaikum..

syed habib abdullah al-haddad r.a bermadah:

zuhudlah dengan hatimu di dunia yang mempersonakan
orang-orang melihatnya sebagai sasaran
berlumba-lumba menghulur menadah wadah
bersama hati, duhau Tuhan amatlah hairan
sedang ia bernilai kerdil, di sisi tuhan
tiada setimbang sesayap nyamuk
jelaslah si pengejarnya itu si bodah tongong

*******
Allah berfirman:
apa-apa yang di sisi kamu akan lenyap dan apa-apa di sisi Allah tetap kekal. [al-Nahl:96]

ketahuilah kehidupan dunia hanyalah permainan dan hiburan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak-anak seperti umpama hujan menumbuhkan tanaman yang mengagumkan orang-orang kafir, kemudian ttanaman itu menjadi kering dan kamu melihatnya mmenjadi kuning kemudian hancur. dan di akhirat ada azab yang teruk dan keampunan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (al-Hadid:20)


Rasulullah bersabda:

hendaklah engkau zuhud akan apa yang ada pada orang lain, nanti engkau disayangi orang.

kalaulah dunia ini ditimbang di sisi Allah bernilai seberat sayap nyamuk, tentulah orang kafir tidak diberi minum seteguk air pun..


**sumber: wahai wanita bimbinglah dirimu. ustaz pauzi hj. awang. galeri ilmu.

ikhlas ke kita?!

assalamualaikum.. 
salam pagi sabtu semua..

ucap bismilah pembuka bicara,
bicara biasa bukan la apa;
coretan ringkas dikongsi bersama,
kalau sudi baca je la..
[hehee.. tetiba rasa nak bermadah berhelah pula..]

******
~ikhlas tapi jauh~

Rasulullah bersabda yang bermaksud, dari Mu'awiyah katanya, Rasulullah bersabda, "Janganlah kamu meminta-minta. demi Allah! tidak seorang jua pun yang meminta kepadaku, yang tidak kupenuhi permintaannya. tetapi seorang yang kuberi dengan hati enggan, maka pemberianku itu tidak berkat baginya." (riwayat Bukhari)

hal ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman! jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi)..." [surah al-Baqarah:264]

selain keikhlasan, sebagai orang islam, kita juga tidak digalakkan untuk meminta-minta seperti orang peminta sedekah. malah perbuatan itu boleh menjatuhkan maruah dan memberikan imej yang buruk, sedangkan Allah memerintahkan manusia supaya berusaha dan bekerja. malah sudah disediakan pelbagai sumber yang halal di atas muka bumi ini.

namun sebagai seorang manusia juga, andainya kita enggan memberi atau mahu menolak permintaan peminta sedekah, lakukanlah dengan perkataan yang baik. memaafkan kesilapan mereka adalah lebih utama daripada sedekah pemberian yang diiringi dengan perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati.

*******

tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang dibawah. tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang dibawah adalah yang menerima. namun pemberian haruslah disertai dengan hati ikhlas yang sekali gus menunjukkkan bahawa kita tidak berhati tamak. sebaliknya jika sesuatu pemberian, yang ada walau sekelumit rasa bangga., mengungkit atau tidak ikhlas, pasti akan terbatal segala pahala amalan kebaikannya..


**sekadar berkongsi..

Wednesday, December 1, 2010

Awet Muda style Rasulullah..

assalamualaikum dan salam ceria!

alhamdulillah dah melangkah ke hari baru, bulan baru, tahun baru!
semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah, insyaAllah..

haa makcik ada petua yang nak di share ni.. alaa cara nak awet muda la..
siapa tak nak awet muda kan? tipulah tu kalau ada yang jawab tak nak.
tak baik tipu tipu, tuhan marah tau! [adeyh macam budak kecik je!]

okey okey kembali ke pangkuan ibu pangkal jalan. 
siapa nak try petua ni, silakan dan teruskan pembacaan. terima kasih ye..
sebaliknya, siapa yang tak mau tu sila cari dan tekan butang 'X' kat penjuru atas belah kanan dengan BANGGA!

ehemm.. errmm.. 
[tetiba cuak pulak.. bismillah.. fuhh kiri, fuhh kanan]

ini adalah Petua Awet Muda cara Rasulullah tau..

1. Facial 

- caranya mudah. adalah berwuduk dengan air yang suci. hal ini kerana (ceh! cam nak jawab spm dulu je) wuduk dapat menyegarkan kulitwajah, mengekalkan serinya dan menghilangkan segala kekotoran. Al-Quran ada menyebut akan keistimewaan orang yang suka berwuduk. bukan sahaja awet muda malah ketika bangkit di padang Masyar nanti, wajah mereka semakin berseri-seri. para sahabat juga sentiasa mengekalkan wuduk mereka sepanjang masa walau di luar waktu solat [subahanallah.. jarang aku buat yg ni].

2. Diet 

- Rasulullah memegang prinsip makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. [sape yg ikut ni sila angkat jari.. hehee] komposisi makanan dan minuman yang seimbang dalam perut dengan bandingan 1/3 makanan, 1/3 minuman dan 1/3 air udara. tak lupa juga berpuasa sunat pada hari isnin dan khamis.


3. al-Quran dan ilmu 


- ini merupakan ubat anti-nyanyuk. menurut kajian, setelah memasuki umur 20 tahun (alhamdulillah aku belum lagi! boleh prepare ni.. opps iklan jap) setiap individu mula mengalami proses kematian sel-sel dalam otak yang menyebabkan otak mula mengecut. so, langkahpencegahan yang paling efective ialah dengan sentiasa meransang kecergasan otak, al-Quran dan ilmu, fikir dan zikir adalah kaedah-kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah, sahabatnya dan umatnya.
4. Meditasi 

- meditasi gaya Rasulullah dengan solat lima waktu sehari semalam tepat pada masanya. muda dan cantik berkait rapat dengan kesihatan hati. mulakanlah perawatan kecantikan kita dengan terapi hati yang cantik. dalam solat, kita boleh merehatkan minda dan hati daripada sebarang kesibukan dunia. inilah meditasi sebenar yang amat berkesan untuk jiwa yang kusut. nikmatilah suasana solat yang didirikan. tempat yang tenang, bersih dan selesa membantu kita untuk khusyuk dalam solat. Rasulullah juga melarang kita bersolat dalam keadaan ngantuk dan lapar.

5. senyum, gembira dan perfikiran positive ketika menghadapi tekanan

- Rasulullah memberi contoh yang terbaik ketika menghadapi implikasi kesusahan dan kesukaran dengan terapi gembira dan cekal. semasa kecil, baginda telah menjadi anak yatim piatu, hidup pun susah serta menggalas misi dakwah. merasai lapar sehingga terpaksa mengikat batu di perutnya. disingkir oleh mejoriti sanak saudara, dicaci, terseksa hati dan perasaan hinggakan fizikalnya turut terseksa. kita juga pasti menghadapi tekanan dan ujian. hanya orang yang kuat tabah menahan dugaan mencapai kejayaan. wajah yang berseri dan gembira akan memancarkan sinar ketenangan dan menyejukkan mata yang melihat.

6. kesihatan dan senaman 

- penjagaan kesihatan dan senaman perlu teratur. cergas dan aktif seperti Rasulullah.mukmin yang kuat itu lebih dikasihi oleh Allah berbanding mukmin yang lemah.


okey anak-anak rakan-rakan, marilah kita cuba dan amalkan tips awet muda ni.. 
selain effectnya kita awet muda, insyaAllah ganjaran Allah turut diperoleh!

sekian saja dari makcik ye.. terima kasih sudi kutip kerang info kat sini..


**dikorek dari: bila salam bersambut-hasif asyraf