بسم الله الرحمن الرحم
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. "
[al-Ankabut, 29:64]

Sunday, January 30, 2011

Kenapa kita hidup di dunia?

Bismillah.. Assalamualaikum...

"Kenapa kita dihidupkan di dunia ini?"

Mungkin persoalan ini pernah timbul di benak hati kita. Walaupun tak banyak, sikit tu mesti ada, kan? Kita menjadi tertanya-tanya. Kenapa aku perlu hidup di dunia ini? Mengapa aku yang dipilih? Apa tujuan sebenarnya?! Astagfirullah, jangan merungut mahupun mempertikaikan itu semua. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk atas sesuatu kejadian. 

Antara sebab atau tujuannya adalah:

Untuk kita bersujud menyembah Allah
Allah berfirman, "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." 
[al-Bayyinah:98]

Untuk kita menjadi khalifah di muka bumi ini
Allah berfirman, "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kapada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [al-An'am: 165]


Untuk kita menyeru kebaikan dan membenteras kejahatan
Firman Allah, "Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk lagi keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang yang berjaya." [Ali 'Imran: 104]

Allah tidak menjadikan kita sia-sia
Firman Allah, "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptsksn ksmu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan kembalikan kepada Kami?"  [al-Mukminun:115]

Kita merupakan insan terpilih lagi istimewa yang dihidupkan di dunia ini. Maka hendaklah kita bersyukur dan melaksanakan tanggungjawab yang terpikul dengan penuh kegembiraan.. =)

Friday, January 28, 2011

Istinjak??! mari recall balik...

Apakah itu Istinjak??!
Menghilangkan najis yang terdapat pada kemaluan selepas membuang air kecil ataupun besar.

Rukun Istinjak?!
  • Mestilah seorang Islam
  • Dengan menggunakan air, batu, kertas, daun, benda kesat dan terjamin suci.
  • Di qubul dan dubur
Fardhu?! 
Mestilah hilang najis, bau dan rasa


Cara Istinjak?!
  • 3 kali. kalau masih belum suci, boleh diulangi sehingga suci
  • Alat yang digunakan untuk beristinjak mestilah melingkupi tempat yang disapu itu. 
  • Mesti dapat membersihkan tempat najis
Hukum Istinjak?! 
  • Wajib
  • Sama ada dengan air ataupun batu. [air lebih baik sebagai pilihan]
  • Menggunakan kedua-dua sekali juga adalah lebih baik.

*makcik n sahabat2 merecall balik bab ni, petang semalam time koko: kelas kekeluargaan Islam.. 
hehe

Monday, January 24, 2011

bergaul sesama muslim

assalamualaikum.. 

"sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.."

Walaupun tidak ada perhubungan kekeluargaan dan tidak satu bahasa, daerah, ataupun adat kebiasaan tetapi dengan adanya kalimah yang sama maka sesama mukmin hakikatnya bersaudara. Persaudaraan itu tidak hanya di dunia sahaja malah juga di akhirat. kerana disana kita akan bertemu kembali dan itulah persaudaraan yang sejati.

Kita juga diwajibkan agar tolong menolong dan bertaqwa. Andai mereka susah dalam kebendaan maka hendaklah kita membantunya untuk menghilangkan atau meringankan kesusahannya itu. Tolong menolong dalam kebaikan. Sedangkan jika mereka lalai dalam amalan beragama, maka kita mengingatkan mereka untuk mengamalkannya, itu pula yang dinamakan tolong menolong dalam ketaqwaan. 


Selain itu kita dituntut agar sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan kita sendiri. Inilah yang menjadi sifat para sahabat Rasulullah.

Sesungguhnya menunaikan hajat sesama muslim pahalanya bersamaan 10 tahun beri'tikaf di masjid. Jika 1 malam i'tikaf di masjid akan dijauhkan dari neraka jahanam iaitu sejauh jarak antara langit dan bumi, bayangkan jika 10 tahun panjangnya.. Subahannallah.. 

Jadi bersederhanalah dalam mencintai mahupun membenci seseorang iaitu jika mencintai hendaklah tidak berlebih-lebihan dan jika terpaksa membenci pun hendaklah tidak secara keterlaluan. Kedua-duanya harus dilakukan semata-mata kerana Allah.. =)

Thursday, January 13, 2011

Penghalang dalam menuntut ilmu..

Bismillah..
Assalamualikum...

Seperti yang kita semua ketahui, ilmu adalah cahaya yang dikurniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu di sisi Allah. Adalah lebih tinggi beberapa darjat. Hanya orang-orang yang berilmu dan berakal sahaja la dapat memahami dan menghayati kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta berserta segala isinya.

ILMU: tuntutlah ia..
'No pain, no gain' tidak ada yang akan kita dapatkan tanpa sebuah pengorbanan! Maka untuk mencapai kemuliaan yang bernama ilmu itu pasti ada cubaan yang harus kita hadapi. 

Berikut ini adalah beberapa hal yang dapat menghalangi sampainya kemuliaan ilmu kepada seseorang:

- Niat yang rosak.
- Ingin terkenal dan ingin tampil, menonjol dan menyerlah!
- Lalai menghadiri majlis ilmu.
- Beralasan dengan banyaknya kesibukan.
- Mensia-siakan kesempatan belajar di waktu kecil.
- Bosan dalam menuntut ilmu
- Menilai baik diri sendiri
- Tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari/diketahui
- Putus asa dan rendah diri [yang teramat sangat]
- Terbiasa menangguh-nangguhkan sesuatu perkara/pekerjaan
- Tergesa-gesa ingin menuai buah ilmu.


muhasabahlah kita semoga kita tidak terhalang dari menuntut ilmu.. InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan kita semua.. (^_^)v

Tuesday, January 11, 2011

Islam bukan sekadar hobi..

Bismillah..

Sesungguhnya kekuasaan yang sebenarnya adalah kekuasaan Allah. Adapun kuasa yang ada pada makhluk adalah kuasa yang majazi. Seandainya makhluk ini berkuasa, sudah pasti dunia akan ranap-seranapnya.

Nilailah setiap sesuatu perkara dengan nilaian fikiran yang waras dan rasional. Letakkan akal dihadapan nafsumu. Ayuh pertahankan agama dan kalimah Allah di muka bumi bertuah ini. Jangan sesekali kita mengharapkan ganjaran di dunia tetapi kejarlah ganjaran akhirat dan kemanisan membawa kebenaran yang tidak ternilai di sisi Allah. Ingatlah Allah tidak pernah lekang dari hamba-hamba yang sentiasa mengingatiNya.

Kita sebagai manusia, tanggungjawab kita di dunia adalah menjadi hamba yang ingin sentiasa mencari keredhaanNya. Hidayah Allah bukan suatu yang hanya dinanti, tetapi perlu dicari. Dan ingatlah kembali ikrar kita: "sesungguhnya hidup dan matiku hanya kerana Allah" yang mana setiap hari kita ucapkan ikrar ini didalam solat kita. Ketahuilah sahabat-sahabat, ia bukan sekadar janji namun menuntut pemahaman dan pengorbanan yang cukup besar. Islam membenarkan dan mengalakkan umat untuk mencari ilmu dan mencapai kejayaan, namun dalam mengejarkan matlamat, kita harus menitik beratkan baik atau buruk sesuatu amalan yang kita lakukan itu. Matlamat tidak menhalalkan cara~ 

wallahualam..

Thursday, January 6, 2011

4 tanda - kita dalam kategori mana eh??!

Assalamualikum
Semoga Allah sentiasa merahmati kita hendaknya. InsyaAllah..

Apa kata kira renung-renung, fikir-fikir, bermuhasabah sejenak. sebenarnya la kan, kita ni hamba Allah yang macam mana?! Dalam kumpulan mana kita berada?! Dalam kategori orang yang bahagia ataupun orang yang sebaliknya?


Antara 4 tanda orang bahagia:

- Sentiasa dan suka mengingati dosa yang lalu lalu menginsafinya. menjadikan ia sebagai pengajaran agar tidak kembali mengulangi itu lagi.
- Suka malah akan melupakan segala kebajikan dan kebaikan yang telah dilakukan. tidak timbul isu ungkit mengungkit di sini.
- Dalam urusan agama, seseorang itu suka melihat orang ang lebih atas. orang yang lebih arif dan lebih berpengalaman.
- Dalam urusan dunia pula, dia lebih gemar melihat orang yang lebih bawah. tidak hanya merasakan yang dirinya seorang yang berkuasa dan berhak.

4 tanda orang yang celaka:

- Sering melupakan dosa yang lalu. padahal dosa itu masih dan sentiasa tersimpan di sisi Allah.
- Suka menghebahkan dan membangga-banggakan kebaikan yang dilkukan. padahal dia tidak tahu adakah kebaikan itu diterima Allah atau pun tidak.
- Dalam urusan agama/akhirat, dia lebih memandang orang yang lebih rendah
- Dalam urusan dunia, dia suka melihat orang yang berada di atas..


Mari kita sama sama kenal pasti, group yang mana satu sesuai dengan diri kita?!
Mulut tidak perlu menjawab, biar sahaja hati yang berbicara..