بسم الله الرحمن الرحم
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. "
[al-Ankabut, 29:64]

Monday, June 27, 2011

Xpdc Gunung Ledang - PERMAS Day 2011..

Assalamualaikum.. hai..

Ya Allah lama gila blog nih diabaikan. Dah berkulat-kulat nampaknya. Tu la akibatnya kalau terlalu sibuk dengan segala macam perkara. Berminggu-minggu jugak la urusankan aktiviti kelab; XPDC ke Gunung Ledang. Kebetulan projek ni under biro makcik.  Tapi alhamdulillah semuanya dah selesai dengan jayanya. Dengan izin Allah ia berjalan lancar walaupun ada serba sedikit kekurangan sepanjang tempoh pelaksanaan program.

Tujuan aktivi ni sebenarnya untuk melihat kebesaran Allah, menanam cinta kita kepada Allah, melahirkan rasa syukur atas nikmat kurniaNya disamping mencari pengalaman dan kenalan baru. Alhamdulillah kerjasama yang baik antara peserta dan ajk membautkan xpdc ini lebih bermakna dan terakam sudah sebuah  memori indah. :)

Antara cebisan kenangan yang dapat diabadikan dalam sejarah:












ukhuwah fillah abadan abada


*Terima kasih kepada kakak2, abang2 serta sahabat2 PERMAS 
atas tunjuk ajar dan bantuan yang diberi. Semoga Allah meredai, insyaAllah..