بسم الله الرحمن الرحم
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. "
[al-Ankabut, 29:64]

Saturday, August 13, 2011

Rahsia Wuduk ..

Bismillah..




Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? 

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titiandengan pantas sekali..


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

gambar


Thursday, August 11, 2011

♥♥♥

Jika inginkan Allah menganugerahkan apa yang diingini dan disukai, maka kita perlu menjaga dan melaksanakan apa yang disukai dan dicintai Allah..

Tuesday, August 9, 2011

Bulan Puasa Bulan Ibadah bukan Bulan Memborong Sakan


Subahanallah.. 
alangkah indahnya kalau suasana kat malaysia pun macam nih..
beramai-ramai dekatkan diri dengan Ilahi; mencari cebisan pahala ibadah
dan bukannya berbondong-bondong pakat borong semua baju dan kuih raya yang dijual.

 
- tipikal malaysian -

Puasa vs Aurat

Abu: Awak puasa?

Minah: Yela..

Abu: Kenapa awak puasa?

Minah: Bodohnya awak.. kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..

Abu: Kenapa tak tutup aurat?

Minah: Eh, suka hati saya la.. hak masing2..

Abu: Owh.. tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat?


Janganlah menjadi hamba kepada PUASA semata-mata, tetapi jadilah hamba kepada ALLAH s.w.t. Semoga kita terpilih menjadi salah seorang hamba yang mendapat hidayah di bulan tarbiah yang penuh berkat & rahmat ini.


sumber : status Syahirul.com




Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan - 3


“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” - (HR Bukhari dan Muslim)

Sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun, ramai yang malas bersahur dengan alasan mengantuk dan letih walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada setiap yang berpuasa. Kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur.





Sahabat-sahabat diharap jangan malas untuk bersahur.. Kerana inilah yang membezakan puasa kita dengan puasa agama lain.. Jangan lupa bersahur.. Selamat beramal.. :)


Ramadhan - 2


Dipetik dari "Apa Ertinya Saya Menganut Islam


Apabila melakukan ibadah , hendaklah sesorang itu khusyuk sehingga dia merasai kelazatan dan kemanisan mengerjakannya hinggakan memberi kekuatan untuk dia berterusan mengerjakannya.


Kekhusyukan ini yang disyaratkan oleh Rasulullah S.A.W




Monday, August 1, 2011

Ramadhan - 1


Sesungguhnya orang yang berpuasa itu mempunyai 2 kegembiraan:


1.Apabila Berbuka Puasa.
2.Apabila Bertemu Dengan Allah Kelak. 


Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi.


Semoga Allah memberi kita semua kekuatan dalam menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran. 




InsyaAllah :)