بسم الله الرحمن الرحم
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. "
[al-Ankabut, 29:64]

Thursday, December 22, 2011

Bulatan yang Gembira

Assalamualaikum. Semoga kita sentiasa dipayungi rahmat Allah.

Tetiba kali nih makcik rasa nak berbicara tentang bulatan gembira. Ye bulatan gembira! Alaa yang kita nyanyi 'bulat kecil, bulat kecil, bulat la besar' time zaman kanak-kanak dulu tu. Tak percaya ke? Okeyh sila percaya kata-kata nih. hahaa

Beberapa hari nih, makcik asyik terkenang-kenang je pertemuan bulatan gembira. Rasa macam rindu sangat sangat sangat nak 'bergembira' walaupun hari-hari bertentang mata bulat-bulat dengan yang lainnya. Eh cop! Semua tau kan apa yang dimaksudkan dengan bulatan gembira tu? Alhamdulillah. Tapi mungkin ada yang first time dengar, okeyh sekarang kamu akan tau.



Bulatan gembira tu sebenarnya merujuk kepada pertemuan 'Usrah' ataupun ada yang panggil liqa', halaqah mahupun dikusi ilmu. Perkataan 'Bulatan Gembira' tu mungkin lebih ringan untuk diterima dengar oleh gegendan telinga remaja-remaja masa kini, berbanding dengan perkataan usrah. Substitution perkatan usrah kepada bulatan gembira nih tidak langsung memesongkan tujuan perlaksanaannya. Ia tetap pertemuan kumpulan atau individu yang sedaya upaya berusaha saling membantu, tolong-menolong antara satu sama lain dalam usaha mempertingkatkan ilmu Islam dalam diri dan kemudiannya saling memahami dan menghayati.

Ehh maaf! Terpanjang pulak penerangannya. =.=" 

Makcik ingat lagi masa mula-mula join usrah dulu, time form 4 form 5. Aktiviti wajib pelajar perempuan masa pelajar lelaki solat Jumaat. Rela dalam paksa makcik pergi! Langsung takde keikhlasan nak tuntut ilmu. Ye la bila dah duduk sekolah asrama, arahan warden perlu dipatuhi. Walhal sepatutnya seruan Allah untuk memperkayakan pengetahuaan dan memperbaiki diri itu la yang kena pegang dan disahut. Nih tak, pergi surau duduk dalam group dengar kakak naqibah berceloteh itu ini tanpa rasa bersyukur walaupun telah menjadi insan terpilih untuk menghadiri taman-taman syurga. 

Alhamdulillah bila dah masuk U, makcik dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang tidak culas pegangan agamanya. Mula-mula tu mereka ajak makcik solat fardu berjemaah kat masjid tiap-tiap hari. Lama-lama ada kakak-kakak yang perasan akan kewujudan kami kat U ni. Kakak-kakak tu pun ajak kami join usrah yang mereka anjurkan. Buat permulaan memang susah sikit nak terima. Tapi mula-mula je la. Bila dah lama-lama alhamdulillah rasa bersyukur sangat-sangat sebab berpeluang untuk berkumpul dalam bulatan gembira tu! Subhanallah ^^,

Makcik suka sangat 'Bulatan Gembira' nih. Sebabnya dalam bulatan tersebutlah kita akan kenal siapa itu Allah, bagaimana rupanya dakwah, bertapa pentingnya tarbiyyah dan apa ertinya ukhuwah. Kita tak perlu tunggu sampai kita 'alim sangat' baru nak join bulatan gembira, sebab kita tak tahu due date 'pinjaman hayat' yang Allah bagi nih sampai bila, kan?




Setiap orang akan rasa berat lagi terbeban bila berdepan dengan sesuatu perkara yang baru. Tapi percaya la, bak kata pepatah; alah bisa tegal biasa. Yang beban tu la yang akan jadikan kita lebih kuat dari badang tanpa perlu makan muntah hijau. ehhh apa kaitannya?! 


*Semoga diberi kekuatan untuk istiqomah dalam bermujahadah mencari mardhatillah. InsyaAllah







Monday, December 19, 2011

Hendak Didustakan Nikmat Yang Mana?


Ya, nikmat Allah yang mana satu kita dustakan?
 Soalan yang tampak mudah tetapi memakan berdetik-detik masa untuk diberikan jawapannya.
Soalan yang bisa membuat kita bermuhasabah sejenak lantas berfikir dan bersyukur.


Thursday, December 8, 2011

Semua Warga UiTM Segamat Dijemput Hadir..



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga UiTM Segamat..
Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin (PERMAS) menganjurkan program "KARNIVAL EKSPLORASI ISLAM 11/12"

Butiran program : 

9 disember 2011 : Perasmian karnival eksplorasi islam
11 disember 2011 : Disebalik tahajud Cinta Oleh Imam Muda Hassan 
7 Januari 2012 : Sujud Si perantau oleh Ustaz Kamarudin Majid (UiTM)
9 Januari 2012 : Saat Lafaz Sakinah oleh Ustaz Ann Wan Seng
17 Januari 2012 : Islamophobia oleh Ustaz Syaari 


Pelajar Diploma dan Ijazah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Setiap program disediakan kupon. Syukran diucapkan. ^^

Sunday, December 4, 2011

Agama Itu Nasihat

Bismillah..

Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

" Agama itu nasihat. Kami bertanya: 'Untuk siapa?' Baginda menjawab: 'Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum Muslimin, dan bagi manusia umumnya.' "

Nasihat membawa erti kepada 'segala hal yang baik'. Perkataan ini dalam bahasa arab tiada yang pengertiannya setara. Sepertimana yang diperkatakan oleh ulama bahasa Arab tentang perkataan 'al-Fallah' yang tiada padanan seerti yang memberi maksud 'kebaikan dunia dan akhirat'.


Menurut Imam Nawawi, nasihat itu wajib sekadar yang mampu dengan syarat seorang itu mengetahui bahawa nasihatnya diterima, suruhannya dipatuhi dan dirinya tidak terancam. Tanpa syarat tersebut nasihat tersebut tidaklah diwajibkan.

'Agama itu nasihat/ memberi makna bahawa nasihat adalah tiang dan penyokong agama..

*Wallahu a'lam. Perkongsian dari pembacaan. 
Hadis 7, Hadis 40 Imam Nawawi. 

Thursday, December 1, 2011

Ubah Dan Berubah

Assalamualaikum salam sejahtera 
Bismillahirrahmanirrahim coretan dimulai.


Perubahan itu sesuatu yang perlu. Ya tersangat perlu.
Dari yang buruk ke tahap yang lebih bagus dan bukan yang sebaliknya.
Tapi keikhlasan perlu hadir seiring dengan perubahan tersebut.

Peduli apa kata orang kerna itu cuma godaan dari syaitan iblis yang 'jeles' dengan kita.
Pekak tulikan saja telinga itu sebab mulut-mulut 'kurang tebu' itu akan berhenti bila mereka letih.
Pasti anak tekak mereka perit andai terus mengejek, mengata dan memperlekeh perubahan kita.
Persoalannya, siapa mereka untuk mempertikaikannya?

Setidak-tidaknya kita berinisiatif untuk mencari dan menuju ke arah yang diredai.
Tidak saja duduk penuh bongkak dalam lingkaran keselesaan yang kononya sudah cukup mulia.
Seseorang pernah berkata; hidayah itu perlu dicari dan bukan hanya menanti ia muncul menjengah
Seperti menunggu kiriman pos laju tiba depan pintu pagar rumah saja lagaknya.

Allah telah berfirman;
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”  -  Ar-Ra’d:11

Tengok! Allah pun takkan mengubah seseorang melainkan dia sendiri yang memulakan langkah pertama untuk berubah.. InsyaAllah benda dan niat yang baik Allah akan permudahkan.

*Ubah niat kita terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan berubah ke jalan yang diredai Allah.