بسم الله الرحمن الرحم
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. "
[al-Ankabut, 29:64]

Thursday, February 23, 2012

Seiringkan Kata-Kata Dengan Tindakan

Berkata itu mudah
Tapi untuk melaksana, perlukan mujahaddah..

Ya. Cakap memang mudah. Senang macam minum air chocolate buatan cadbury. Laju mencurah-curah ke ladang gandum dan pufff jadi la koko crunch! Juga, kata-kata nih memang sinonim dengan sifatnya yang manis di bibir. Tapi bila sampai had nak kena buat tu, memang payah dan parah.  Betulkan??

Okeyh, makcik nak berstory telling contoh senang kat sini hihihi..


Suatu hari nih ada la seorang sahabat kita datang mengadu yang kasut dia hilang kena curi time solat kat surau mall. Dengan penuh rendah diri, kita pon nasehatkan la dia;

"Allah.. Kasut je kot yang kena curi. Bersabar la kamu, mungkin ada hikmah disebaliknya", berkata penuh yakin sambil menepuk-nepuk bahu si sahabat.

Tapi bila kena kat batang gigi sendiri, kita pula tak boleh terima suratan takdir mahupun kebetulan tersebut. Berguni bakul sumpahan kita luahkan. Aiseyy.. Inikah gerangan yang lagaknya seperti pakar motivasi memberi nasihat kat sahabat yang hilang kasut dulu?? Sungguh tak patut kot. Terbuktikan, kata-kata nih lebih senang diluahkan daripada dipraktikkan.

Eh tetiba makcik teringat makna surah as-Saff ayat 2-3; 

"Wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak lakukannya? 
Besar kebencian di sisi Allah apabila kamu mengatakan apa yang kamu tidak lakukannya."

Astaghfirullah. Semoga Allah mengampunkan! Takutnya sekiranya kita tergolong dengan mereka yang tidak beriman. T.T Kata-kata nih pada zahirnya memang nampak mudah, tapi disebaliknya ada tanggungan yang super berat.


Kesimpulannya;

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal."
[al-Baqarah:44]


Apabila kita menasihati kepada yang lain, saharusnya kata-kata itu didedikasi khas buat peringatan diri sendiri terlebih dahulu. Jadikan kata-kata itu satu semangat dan nasihat untuk kita terus bermujahaddah perbaiki compang-camping iman dan peribadi demi mencapai mardhatillah, insyaAllah..


Anda ada kata pesan untuk makcik?? 


Thursday, February 16, 2012

Hidup Ada Persamaannya Dengan Kopi Putih Bandar Lama..

Dengan nama-Mu ya Allah...


Ya. Dalam hidup nih, belum tentu lagi semuanya indah dan manis belaka. Masih ada rasa pahit, masam, tawar dan kelatnya. Pasti ada saja dugaan yang datang berkunjung tiba di pagi raya! Ehh? Hal ini memang dah dijanjikan Allah; tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji. Tak percaya?

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan menggatakan, 
"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui orang-orang yang berdusta."
al-'Ankabut 29:2-3

See, I told you. Hidup nih sebenarnya dalam satu perkampungan yang penuh dengan hutan rimba ujian. Berlari ke utara, jumpa masalah. Terbang ke selatan, terserempak cubaan berserta harimau belang. Nak tak nak, rela dalam paksa, kita tak boleh lari dari ujian atau dugaan tersebut.  Kita tak boleh nak menafikan lagi sebab sudah terrakam kata-kata Allah dalam al-Baqarah 2:155,

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orangg yang sabar,"

Hoho.. Sesuatu yang menggembirakan menanti kita dipenghujung jalan dugaan tersebut. *Dah tersenyum dengan lebarnya* (Itu pun kalau kita menjadi insan yang bersabar la kan, kalau tak??) Okeyh, kita tak tahu apa hikmah yang tersirat mahupun tersurat melainkan hanya Allah yang Maha Mengetahui segala apa yang tersembunyi. So, bersama-samalah kita membina bangunan sabar yang tinggi untuk mencapai langit redha tahap gaban! *Fuhh berpeluh kecil*

Jom flashback ke zaman purba kala guna mesin pengundur masa doraemon. Dulu-dulu time sekolah rendah, ustaz kita tak pon ustazah kita selalu cakap: "Sesungguhnya bersama kesulitan pasti ada kemudahan," ! Adakan?? Cuba ingat balik. Refreshkan otak kita punya operating system tu, jangan malas dan terus mengelat ye. Apa, takde?? Hmm tape la. Bila makcik kira 1, 2, 3.. anda perlu lari cepat-cepat cari tafsir dan buka surah al-Insyirah atau nama lainnya surah asy-Syarh, tengok makna surah tu lantas scan ayat ke lima dia. Dah sedia?? Okeyh 1.. 2... 3.. Lari!!


Haha.. Kini anda percaya? Sekarang, buka pula surah Ali-Imran 3:200. Baca dan hadamkan maknanya selumat yang mungkin. Jelas la kat sini, yang sebenarnya ujian tu diberikan kepada kita bertujuan agar kita lebih bertakwa kepada Allah lalu mempertingkatkan tahap keimanan kita. Senatiasa la menjadikan Allah sebagai tempat yang pertama dan utama untuk kita mengadu dan bergantung harap ketika dilanda badai gelora mahupun ketika enak bersantai di tepi pantai! Makna ringkasnya, ketika susah dan senang. ^^,

Jangan pilih masa kalau nak berdating dengan Allah, takut kita tak terpilih langsung untuk date bersama Nya.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara! Eh?? Apakah??

Akhir kata, ujian dan dugaan merupakan tarbiyyah yakni didikan paling terbaek untuk kita. Dengan ujian itu, kita akan lebih kuat, lebih menghargai dan mensyukuri, dari gagah bertambah perkasa. Ujian itu indah andai kita bersangka baik dengan Allah.


*nasihat ini dituju khas untuk diri sendiri, kerana yang menulis ini lebih dekat pancainderanya. 
Andai tersalah kata tersilap bicara, harap ditegur dan dimaafkan ^_____^


Sunday, February 12, 2012

Bibir Membisu Jemari Bersuara..


aku kelu bila bibir membeku
aku kelu bila bibir membatu
aku kelu bila bibir membisu...

aku mahu berbicara tapi tiada bicara
aku mahu berkata tapi tiada kata
aku mahu bersuara tapi tiada suara...

aku biarkan jemari berbicara
aku biarkan jemari berkata
aku biarkan jemari bersuara...

aku selesa bibir membisu
aku selesa jemari bersuara
aku selesa bila begitu...

biar sunyi tanpa bunyi
biar berbunyi dalam sunyi...