بسم الله الرحمن الرحم
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. "
[al-Ankabut, 29:64]

Wednesday, April 18, 2012

Kebaikan dan Dosa

Daripada Nawas bin Sim'an r.a. meriwayatkan daripada Nabi SAW,
Baginda bersabda:
"Kebaikan adalah akhlak yang baik, 
sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwamu 
dan engkau tidak suka orang lain melihatnya."
Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim



WASIAT NABI ADAM A.S.

Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya:
  • Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu teruskan. Sewaktu akan memakan buah khuldi, hatiku telah bergoncang dan gelisah.
  • Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu pekara, lihatlah kesudahannya. Kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan akibat makan buah tersebut, tentu aku tidak memakannya.
  • Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang yang arif. Kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku tidak memakan buat yang terlarang itu.

*hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tidak resah gelisah kepada perkara yang haram.

Sunday, April 15, 2012

Siapakah Dia Yang Gembira Itu?


Who is the happy one?
The one whose heart is with Allah...


"(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) Ketika orang-orang yang kafir menanamkan kesombongan dalam hati mereka (iaitu) kesombongan jahiliah, maka Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya, dan kepada orang-orang mukmin, dan Allah mewajibkan kepada mereka tetap taat menjalankan kalimat takwa*, dam mereka lebih berhak dengan itu dan patut memilikinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
al-Fath 48: 26


*Kalimat takwa; kalimat tauhid dan memurnikan ketaatan kepada Allah


Subhanallah! Percayalah kita dengan janji Allah "Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram" (al-Ra'd 13:28)


Saturday, April 14, 2012

Hidup Sepertinya Dalam Kedai Kain


Hidup kita nih sepertinya dalam kedai kain.
Berdepan dengan banyak sangat pilihan!

Pelbagai jenis
Pelbagai corak
Pelbagai warna
Pelbagai harga

Kita jadi rambang mata
Semua nak, tiada yang terkecuali

Tapi diakhirnya
Kita pilih yang sesuai!
Kita pilih yang terbaik!
Kita pilih yang berkualiti!




Jalan hidup kita juga begitu. Banyak pilihan terbentang depan mata. Yang lurus, yang bengkang-bengkok, yang berwarna-warni mahupun yang hanya hitam putih. Semuanya terpulang pada kita, cara hidup mana satu yang menjadi pilihan. Ini kerana, pilihan itu ada dalam hati kita lantaran keimanan pula bakal menentukan pilihan tersebut.


"Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur."
al-Insan 76: 3


Dalam cengkerang kacang; Pilihlah yang cantik jangan yang buruk, yang menyenangkan jangan yang menyukarkan. 

Thursday, April 12, 2012

Tinta Buat Kamu Sahabat


Sahabat
Andai kau lihat kesalahan dan kesilapan aku
Tegurlah aku
Kerana aku adalah hamba biasa yang sentiasa melakukan silap dan dosa

Mungkin apa yang aku lakukan
Betul di mataku, sekadar di mataku
Namun ia sebenranya salah
Di matamu juga di mata Allah

Tegurlah aku
Beritahulah kesilapanku
Agar aku tahu silapku
Dan dapat memperbetulkannya

Sanggupkah kau melihat aku terus berbuat silap?
Membiarkan aku terus hanyut?
Berenang terus dalam kejahillan?
Terkapai-kapai mencari daratan yang selamat?

Tegurlah aku, sahabat
Kerana sahabat yang baik akan sentiasa menegur sahabatnya
Walau payah, dia sanggup menegah silap tersebut
Tak rela melihat sahabatnya melakukan dosa

Jangan takut untuk memperbaiki aku.
Kerana
Takutlah siksa Allah andai meninggalkan aku 
Terus tercicir dalam pengembaraan mencari redha Allah ini.

InsyaAllah
Moga ukhuwah yang terbina ini dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke Syurga
Uhibbukum fillah..


"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." 
al-Hujurat: 10

Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." 
Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad