بسم الله الرحمن الرحم
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. "
[al-Ankabut, 29:64]

Monday, May 21, 2012

Isabella | Maulana Muhammad Saeed Dehlvi

Alhamdulillah, makcik berjaya juga habiskan buku nih. Setelah sekian lama mencari di ceruk rak buku acapkali ketika ke tokoh-tokoh buku (tapi hanya kehampaan yang ditemui), akhirnya kami dijodohkan bertemu ketika Expo Buku Islam 2012 di Putrajaya tempoh hari. Hekeleh dah lama beli tapi baru sibuk nak mencanang berita. Ish, nak buat camna, bila peluang dan ruang untuk mentelaahnya baru je hadir, kan?

Apa yang boleh makcik katakan, pencarian yang melelahkan tu sangat berbaloi! Tak sia-sia mencari seantero Lembah Klang (je kot), kerna ilmu yang terkandung dalam tu sangat la superb! Subhanallah! Sangatlah bermakna kepada sesiapa yang masih tercari-cari hujah dimana kuat dan benarnya Islam yang teramat perfect dibanding fahaman Kristian. 

Terima kasih kepada mereka-mereka yang syorkan buku nih sebagai 'Buku Perlu Milik Dan Baca'. Jazakumullah khairan kathira ^^,


Isabella – novel bertemakan teologi perbandingan agama antara Kristian dan Islam terbitan Pelima Media ini tampil dengan penampilan yang lebih segar dari segi rupa kulit buku. Ia seumpama diberikan nafas baru untuk tampil lebih menarik minat pembaca generasi baru yang dahagakan koleksi novel bertemakan teologi. 
****

Seindah namanya, Isabella bukanlah peribadi yang asing dalam sejarah perkembangan Islam di Sepanyol, terutamanya dalam bidang perbandingan agama Islam dan Kristian di bandar Cordova – bandar sejarah Sepanyol dan merupakan bandar tercantik di Sepanyol. Membaca setiap rentetan kisah Isabella yang penuh dramatik berbaur tragik ini bagaikan membawa kita menelusuri segenap sudut dan tempat peninggalan sejarah kegemilangan Islam di Cordova. Ia mengingatkan kita pada istana al-Hamra, Qasrul Syuhada (makam para syuhada), masjid Cordova dan juga taman tercantik di Sepanyol iaitu Rabat Yamani.
Ya, hidayah Allah merubah segalanya. Begitulah yang terjadi kepada Isabella. Tidak ada sesiapa pun menyangka, Isabella yang pada mulanya adalah seorang penganut Kristian yang tegar dan patuh pada agamanya boleh memeluk agama Islam yang begitu dibenci oleh penganut Kristian pada waktu itu. Kebencian yang memuncak pada waktu itu sehingga hampir-hampir meragut nyawa Isabella sendiri, sewaktu hidayah Allah menyapa lubuk hatinya yang paling dalam. Isabella pada usia mudanya sentiasa mempelajari dan mengkaji tentang agamanya, Kristian. Beliau sentiasa cuba untuk mencari kebenaran dalam agama Kristian dan berusaha menghayati prinsip-prinsip agama Kristian.
Namun, semakin dikaji agama berasaskan fahaman triniti itu, sinar Islam dan hidayah Allah makin memenuhi lubuk jiwanya. Di ketika kebenaran Islam sudah kukuh dalam dirinya, waktu itu tidak ada apapun yang mampu menggugahnya, walaupun beliau menghadapi saat-saat getir dan penuh tragik. Kekentalan imannya tidak mampu dirubah. Isabella sudah nekad dengan keislamannya. Pengharapan penuh hanya pada Allah makin mengental liat di sanubarinya. Penyeksaan demi penyeksaan yang dihadapi Isabella mengingatkan kita pada siri-siri kekentalan iman para mujahidah Islam seperti Sumayyah dan Asiah.
Perjuangan mereka cukup-cukup membuatkan hati ini berasa kerdil sekali.
Peralihan kiblat akidahnya itu sekali gus menjadikan beliau komited dan tegas memperjuangkan ajaran Islam hingga ke akhir hayatnya. Itulah hidayah Allah – hidayah yang tidak mengenal siapa pemilik hati. Sangat beruntung siapa yang terpilih mendapat hidayah Allah. Ia bagaikan mendapat suatu anugerah yang maha hebat. Tidak ada yang setanding dan sehebat hidayah kurniaan Allah. Selepas menganuti dan menghayati agama baru, Islam yang sehebat namanya – Isabella bukan sahaja terkenal sebagai seorang muslimah yang menjadi ikutan dan pedoman ramai pemudi Islam. Beliau juga terkenal sebagai seorang tokoh perbandingan agama yang ulung, bahkan seorang ahli hadis di Cordova. Melalui kisah penuh bermakna ini, sudah pasti nama beliau akan tercatat sebagai seorang serikandi Islam agung sepanjang zaman, yang akan sentiasa dekat di hati dan menjadi ingatan ramai orang.
Isabella sudah pun menemui keabadian ‘cinta’ melalui kembara keimanannya. Beliau sudah menemui cinta yang tidak ada bandingan dan gantinya. Justeru, bagaimana pula dengan kita? Ayuh, mulai dari sekarang – telaah dan hayatilah sepenuh jiwa karya sehebat dan seagung Isabella ini. Moga kita semua akan mendapat cetusan semangat dan menemui nafas baru.

Thursday, May 10, 2012

Cara Hilangkan Sakit Gigi (Edisi Kemas-kini)

Assalamualikum..

Hey semua.. Semoga sentiasa ceria dan sihat-sihat selalu. Alhamdulillah, hari ni gigi makcik dah tak sakit lagi macam semalam. Azabnya bila sakit gigi nih! Takpe takpe mungkin kafarah dari Allah. Hehee..

Semalam dah tak tau nak buat apa. Sakit sangat sangat sangat! So, makcik pun mengedik la call mama tercinta konon nak mengadu domba, cehh.. Kena bebel lagi adalah. Dah tau sakit, kenapa tak gi jumpa dentist??! Huhuu dapat pulak dentist kat sini. Sabar je la.. At last mama makcik bagi ayat jampi-jampi. Dia kata, kalau baca probability sakit tu berkurangan, ada.

Kamu nak tak ayat jampi tu??! hehee.. Okeyh! Bukan ayat jampi yang ambik kat tok pawang ke apa ke tapi hanya sebaris ayat dari al-Quran je.. Allahu Akhbar! Subhanallah!


Maksudnya: 
"Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur) 
tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur."

Baca surah al-Mulk ayat 23 nih, sambil letakkan jari pada gigi yang sakit tu. insyaAllah, rasa sakit tu akan kurang. Ini kira macam cara alternative la sebelum pergi jumpa dentist kalau sakit gigi.

Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, 
Nabi SAW bersabda,: "Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini." 


* Ayat ini boleh digunakan sebagai ikhtiar mengurangkan sakit gigi. Walau bagaimanapun bergantung semata-mata kepada ayat sahaja tidak mendatangkan apa-apa kesan kecuali dengan izin Allah.


Yakin la, bahawa kesembuhan itu adalah dengan izin Allah! Dia yang menguji kita dengan kesakitan, dan Dia jugalah yang punya kuasa untuk menyingkirkannya. 

Entry asal: April 10, 2011

Wednesday, May 9, 2012

Silence is Joy!


Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadah dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai.
Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim


Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya.
Riwayat at-Tarmizi

Saturday, May 5, 2012

Manisnya Sebuah Kemanisan


Rasulullah SAW bersabda; 
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan RasulNya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat mahupun dosa) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka"
Riwayat Bukhari dan Muslim


Kemanisan iman dalam kehidupan itu perlu dicari sepertimana kita mencari kemanisan gula untuk secangkir kopi ^^,

*Moga Allah permudahkan kau, aku, kita dalam pencariaan ini InsyaAllah..