بسم الله الرحمن الرحم
"Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. "
[al-Ankabut, 29:64]

Thursday, July 26, 2012

Mari Jadi Hamba Allah !




Buat sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah ^^,

Yuk! Jadikan bulan Ramadhan yang barakah ini sebagai titik mulanya transformasi iman juga diri kita.

Dan bukan sekadar menjadi 'orang kaya pahala' untuk sebulan ni je,

Tapi biar la berterusan kekal menjadi amalan rutin kita, every day until we die! insyaAllah


*Sekadar renungan kita bersama... :)

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan, Kita Bertemu Lagi..


Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan.

Ianya merupakan satu nikmat yang sangat perlu kita syukuri. ^^,

Tak semua orang yang merindui ketibaan Ramadhan, yang ternanti-nanti bulan mulia ini berkesempatan melaluinya lagi buat tahun ini.

Makanya, kita yang terpilih ini perlu memanfaatkan sepenuhnya kehadiran bulan mulia ini.

Jangan sesekali sia-siakan, siapa tahu ini merupakan Ramadhan kita yang terakhir?

Barangsiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan iman, 
maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
Riwayat al-Bukhari

Rugilah bagi siapa yang telah melepasi Ramadhan tetapi dosanya tidak diampunkan Allah..

Wallahualam...

Sunday, July 8, 2012

Jangan Mengeluh...


Berada di Jalan Asing ini, memang banyak ujian dan dugaannya.
Tapi percaya la, disebalik semua itu pasti ada baiknya.
Hanya kita saja yang tidak mengetahui percaturan Allah buat kita.
Jadi, berlapang dada la dengan Allah ^^,

Sunday, July 1, 2012

Durian Sememangnya Lazat


Kehidupan di dunia ini seperti Durian
Nikmatnya sebentar cuma

Jangan terlalu ghairah dengan 'kelazatan' yang terhidang
Kelak merana menyesal tak sudah...


*Awak suka makan durian? Sedapkan!